08 August 2013

21 May 2013

AirAsia Issue

taken from Mohd Ruhaizie bin Riyadzi

Salam semua,

Tindakan kapten pesawat tersebut untuk tidak membenarkan sesiapa jua yang disyaki mengalami penyakit berjangkit adalah tepat dan betul bertepatan dengan Article 24, International Health Regulations (IHR) 2005.

Walaubagaimanapun, sekiranya kapten atau syarikat penerbangan (conveyance operator dalam tafsiran IHR 2005) benar-benar mahu mengimplementasikan IHR 2005 ini, maka mereka perlulah patuh kepada Article 2 dan juga Paragraph 1, Article 3 yang berbunyi:

"The implementation of these Regulations shall be with full respect for the dignity, human rights and fundamental freedoms of persons"

Berdasarkan kronologi yang dijelaskan lebih awal, dapat kita lihat bahawa kapten pesawat tersebut mengambil keputusan terburu-buru dan kurang bijak serta tidak menghormati prinsip Paragraph 1, Article 3 di atas.

Sepatutnya kapten tersebut, di atas dasar syak, menyerahkan kes tersebut kepada Competent Authorities (CA)(rujuk tafsiran IHR 2005)di lapangan terbang tersebut untuk penilaian lanjut.

Keputusan untuk membenarkan atau tidak orang yang disyaki menaiki pesawat hendaklah dibuat oleh CA. 

Sekiranya CA tidak membenarkan orang yang disyaki tersebut menaiki pesawat, CA perlu mengisytiharkan kuarantin ke atas orang tersebut. Apabila yang demikian, segala kebajikan termasuklah tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan disediakan oleh pihak CA yang berkenaan. Apabila tamat tempoh kuarantin dan orang disyaki telah bebas dari penyakit, maka CA akan mengeluarkan pelepasan kepada mereka untuk menaiki pesawat yang lain. Sehubungan ini juga, tiket gantian perlu dibiayai oleh CA.

Walaubagaimanapun, jelas dalam kes ini, berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, Conveyance Operator tidak menghormati prinsip Paragraph 1, Article 3 di atas.

Diharap pihak yang berkenaan jelas dengan tanggungjawab mereka dan kita sebagai pengguna, tahu dengan jelas segala hak yang kita ada. Jika anda rasa telah dizalimi, maka perlulah yang menjadi penzalim itu diberi tunjuk ajar... dalam kes ini, mungkin mahkamah tempat selayaknya dirujuk kerana Malaysia merupakan negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mewartakan undang-undang ini.

Terima kasih.

16 May 2013

#DKMYTRAVEL