21 May 2009

Celcom


Wah lama rasanya aku tak meng"update" blog aku ini. Bukannya apa, sejak dua menjak nie aku rasa kemalasan yang melampau, kemalasan hendak berfikir, kemalasan hendak menaip dan kemalasan untuk bermalas. Bley? Hiks.

Jadi untuk mengelakkan blog aku nie dimakan anai-anak dan tumbuh sawang apa kata aku ceritakan jalan cerita aku yang agak membosankan ini.

Tepat jam 12 tengah hari aku baru bangun tido. (aku keje malam ye. jadi memang logik jika aku belum bangun). Aku lihat kepada n95 yang sedang dicharge. Melihat baterinya yang sudah penuh. aku matikan plugnyer. (Satu cara untuk menjimatkan elektrik. Hiks) Lalu aku terus ke depan PCku untuk melihat perkembangan Facebook (perkembangan la sangat). Setelah update apa yang patut aku teringat yang dalam N95 tu nombor maxis dan aku memerlukan nombor celcomku untuk menghubungi seseorang (sape tu? biarlah rahsia. Hiks). Tapi masalah baru timbul. aku tak jumpa hanset free pemberian celcom tu. Aku selongkar seluruh rumah. (Habis semak dan sekarang malas nak kemas balik). Tetap tak jumpa. Lalu aku turun ke bawah untuk lihat dalam kereta. Tetap juga tak jumpa. Tak puas hati aku naik balik.. selongkar lagi. masih sama. Turun lagi. Masih sama. (Tak payah ke gym. Tu pun dah lebih exercise). Aku cuba hubungi no celcom ku. tiada nada. Sah. Dah disonglap. Memandang tu nombor postpaid aku ambil keputusan ke celcom untuk replace sim card. (nanti banyak pulak bilnyer).

Aku ke TMPoint untuk bertanya kat mana celcom center. Pekerja situ cakap "Kajang". Mak aih. Jauhnyer aku nak kena travel. Dah la mengantuk lagi. Tapi celcomnyer pasal. aku gagahkan jugak lah.

Sampai di kajang aku tak tahu nak hala mana satu. Cari Affin Bank berdasarkan apa yang pekerja TM tu cakap tadi. 30 jam pusing-pusing tetap tak jumpa. Akhirnya di suatu sudut yang sunyi (hehehe) baru aku jumpa. Adoi. Lotihnyo nak jumpa ekau.

Jadi aku masuklah ke Celcom Centre. Tapi sebelum tu aku bayar tiket parking dulu. Takut kena saman. Sampai di sana terus aku isi boroang. Tak samapi 3 minit semua dah setel. Tak adelah lama sangat kan. Nak mencari tempat tu yang lama. Hiks.



Sebelum

Selepas

Memang la sama. Hahaha. lainlah kalu aku tukar ke Maxis

Sekian cerita ku yang mengarut ini. Hiks

#DKMYTRAVEL